Di suatu malam yang sunyi
Hanya kedengaran bunyi guruh dan rintik – rintik hujan
Aku termenung sendirian
Lalu mindaku jauh melayang
Melayan perassan yang sepi dan jiwa yang kosong
Teringat pada seseorang
Yang jauh di mata
Namun amat dekat di hatiku
Kehadiranmu amat bermakna dalam hidupku
Ibarat sebutir mutiara yang bersinar
Nun jauh di dasar lautan
Terlalu berharga dan bernilai buat diriku
Senyum tawanya, bisikan romantisnya
Sentiasa menari nari di tubir mataku
Aku amat bahagia di sampingmu
Sayangku
Jangan sesekali air mata jernih membasahi
Pipimu
Kerana terkenangkan memori kita bersama
Mengertilah
Aku di sini sentiasa merinduimu
Menyayangimu dan mencintaimu
Setulus hati kecilku ini
Hanya satu pintaku
Sayangi dan cintailah diriku
Bersama secangkir keihklasan
Disemai dengan setulus pengorbanan
Dan bertemankan sesuci kejujuran
Duhai sayangku
Dengar dan tenung kata hati ini
Di sini aku berjanji
Akan sentiasa menyayangimu
Dan mencintai dirimu
Selagi nafasku tidak berhenti
Duhai sayangku
Kenanglah semua kata ini
Kerana bicara sehelai kertas kumal ini
Ibarat bicara sekeping hatiku
I love u dear…..
No comments:
Post a Comment