Saturday, July 23, 2011

Bila hati kecilku berbicara


Di suatu malam yang sunyi
Hanya kedengaran bunyi guruh dan rintik – rintik hujan
Aku termenung sendirian
Lalu mindaku jauh melayang
Melayan perassan yang sepi dan jiwa yang kosong
Teringat pada seseorang
Yang jauh di mata
Namun amat dekat di hatiku

Kehadiranmu  amat  bermakna  dalam hidupku
Ibarat  sebutir  mutiara  yang  bersinar
Nun jauh di dasar  lautan
Terlalu berharga dan bernilai buat diriku
Senyum tawanya, bisikan romantisnya
Sentiasa  menari  nari  di  tubir mataku
Aku  amat  bahagia  di  sampingmu

Sayangku
Jangan sesekali air mata jernih membasahi
Pipimu
Kerana terkenangkan  memori kita  bersama
Mengertilah
Aku  di  sini  sentiasa  merinduimu
Menyayangimu  dan  mencintaimu
Setulus  hati  kecilku  ini
Hanya  satu  pintaku
Sayangi  dan  cintailah  diriku
Bersama  secangkir  keihklasan
Disemai  dengan  setulus  pengorbanan
Dan bertemankan sesuci kejujuran

Duhai sayangku
Dengar dan tenung kata hati ini
Di sini aku berjanji
Akan sentiasa menyayangimu
Dan mencintai dirimu
Selagi nafasku tidak berhenti

Duhai sayangku
Kenanglah semua kata ini
Kerana bicara sehelai kertas kumal ini
Ibarat bicara sekeping hatiku
I love u dear…..